Friday, July 6, 2012

LAYAKKAH KITA MELUPAKAN TUHAN KITA?


hari ni aku agak sentap dengan student yang belajar dengan aku ... tapi diaorang jugak buat aku sedar betapa lupanya kita kepada tuhan kita ... aku sedih tengok diaorang ... korang tuntut ilmu, tapi korang tak sedar ke ilmu tu milik siapa ? ilmu tu datang dari mana ? sampainya hati korang melihat solat tuu sebagai perkara remeh dan korang anggap tidak penting ... korang tak layak buat macam tu .... astagfirullah ...

tapi aku sedar , kita memang sentiasa tidak lari untuk melakukan kesilapan, kekhilafan ... so korang , akak nak pesan ... selagi pintu taubat masih lagi terbuka untuk kita, bertaubatlah banyak banyak kat Allah SWT ... minta lah agar dosa korang diampunkan ... korang nak berjaya, tapi korang sombong .. korang tanak berdoa kepada Allah .. korang fikir dengan usaha, tanpa doa, tanpa adanya hubungan yang kuat dengan Allah , korang boleh berjaya ? biarlah korang berjaya dengan keredhaan Allah .. itu yang penting dik ....

solat tu tiang agama kita ... asas kepada iman kita ... solat itu menghubungkan tuhan kita dengan diri kita ... kenapa kita mahu sombong dengan tuhan yang telah mencipta kita ? dik.. sedangkan rumah tanpa tiang takkan teguh .. inikan pula diri kita ... sungguh akak sedih melihat keadaan korang ... 

mukjizat yang telah diberikan untuk kita oleh nabi kita .. kenapa kita membiarkan mukjizat itu berhabuk .. malah kita tak sudi untuk menyentuhnya .. Ya Allah ... jahilnya kami ... lupanya kami akan kekuasaanmu .. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah ... Ya Allah .. ampunkan kami ... 

ingatlah adik .. walau sekuat mana pun adik berusaha ...tapi hubungan dengan Allah tiada ... tiada keberkatan untuk adik ... ingat lah adik , kita tak tahu bila kita akan mati ... assalamualaikum ...


1 comment:

  1. solat itu perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak...jika baik solatnya maka baiklah segala amalannya...jika buruk solatnya maka buruklah segala amalannya...marilah kita sama2 memperbaiki solat kita...insyaAllah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...